Kehidupan peribadi Tora Sudiro

Tora ialah anak pertama daripada dua beradik dari pasangan Tanto Sudiro dengan Pinky Mardikusno. Kedua ibubapanya telah pun bercerai. Selepas itu, Ibunya menikah dengan pembalap Tinto Soeprapto dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Tania Soeprapto dan ibunya telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan kereta di Jawa Tengah.

Tora berstatus sebagai Duda setelah bercerai dengan Anggraini Kadiman pada 7 Ogos 2009. Pada akhir tahun 2009, Tora mengumumkan pernikahannya dengan lawan mainnya di acara Extravaganza iaitu Meike Amalia pada akaun twitter miliknya. Pada tarikh 21 Mac 2012 Tora dikurniakan anak perempuan ketiganya iaitu bernama Jenaka Mahila Sudiro.[1]